Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang
bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka
tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu.
Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda)
kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan
oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan
kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
(118) Awaslah!
Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah
yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu.
Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak
beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka
berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama
sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu),
katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.
Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada
di dalam dada. (119) Kalau
kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian)
menyakitkan hati mereka dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira
dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka
tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi
pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. (120)
No comments:
Post a Comment